Platform Wakaf Digital
Yayasan Wakaf Malaysia
Mudahkan urusan wakaf anda secara dalam talian dengan sistem yang telus, selamat dan patuh syariah.
Kategori Wakaf
Pilih kategori wakaf yang bersesuaian dengan niat dan tujuan anda
Tentang Kami
Profil
Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).
Objektif
- Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh negara melalui jalinan kerjasama.
- Membangun harta wakaf untuk tujuan khairat, pendidikan dan kebajikan.
- Menjana modal melalui kaedah kontemporari, terkini dan inovatif.
- Menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi bagi manfaat ummah.
- Menyempurnakan amanah pewakaf.